Khamis, 22 Mei 2014

Pertemuan dengan Pengerusi Al-Hijrah Media Corporation

Petang semalam, Pengerusi Masjid Taman Ilmu, Ustaz Ahmad Azhar bin Harun @ Musa mengambil peluang bertemu dengan Pengerusi Al-Hijrah Media Corporation, Tan Sri Dato' Dr Mohd Yusof Noor dan berbincang mengenai kerjasama yang bakal dijalin antara Masjid Taman Ilmu dan Saluran TV Al-Hijrah.

Selepas itu, Pengerusi Masjid Taman Ilmu menyerahkan surat rasmi kepada Tan Sri mengenai hasrat pihak masjid tersebut.

Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah..




Khutbah minggu ini

Khutbah esok, 23 Mei 2014 : Menghayati Peristiwa Israk dan Mikraj..


Sabtu, 17 Mei 2014

Kuliah Maghrib Perdana Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz

Alhamdulillah, Kuliah Maghrib Perdana bersama Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz di Masjid Taman Ilmu malam tadi berlangsung dengan jayanya.

Orang ramai hadir untuk mengutip mutiara ilmu sempena kuliah maghrib pertama di masjid baru tersebut.


Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz

Kuliah bermula

Bergambar kenangan

Kiri, duduk : Pengerusi Masjid Taman Ilmu

Lebih banyak gambar di facebook Masjid Taman Ilmu..

Khamis, 15 Mei 2014

Facebook mencecah 100 likes!

Alhamdulillah, nampaknya sambutan kepada facebook masjid TERBESAR di TERENGGANU ini sangat menggalakkan!

Hari ini sudah mencecah 100 sukaan (likes)!


Ahad, 11 Mei 2014

Kuliah Maghrib Perdana pertama!

Pihak Masjid Taman Ilmu ingin mewarwarkan kepada semua mengenai Kuliah Maghrib Perdana yang pertama di Masjid Taman Ilmu sebagaimana berikut :-

Penceramah : Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz

Tarikh : 16 Mei 2014 (Jumaat)

Masa : 7.00 malam (selepas solat Maghrib)

Semua dijemput hadir!


Sabtu, 10 Mei 2014

Sekitar Solat Jumaat pertama semalam

Alhamdulillah, solat Fardhu Jumaat pertama di Masjid Taman Ilmu semalam berlangsung dengan jayanya. Ramai jemaah datang untuk melihatdan merasa sendiri solat di masjid terbesar di Terengganu tersebut.

Khutbah disampaikan oleh Pengerusi Masjid Taman Ilmu, Ustaz Ahmad Azhar bin Harun dan solat diimamkan oleh Ustaz Mohib Khauli.

Khutbah pertama disampaikan sendiri oleh Pengerusi Masjid Taman Ilmu

Antara jemaah yang hadir

Solat Fardhu Jumaat diimamkan oleh Ustaz Mohib Khauli

Lihat lebih banyak gambar di facebook Masjid Taman Ilmu.

Jumaat, 9 Mei 2014

Solat Jumaat pertama hari ini!

Semua dijemput hadir untuk solat Jumaat pertama di Masjid Taman Ilmu hari ini!

 Tajuk khutbah : Hindari Sifat Sombong..




Sekitar Majlis Penyerahan Projek Masjid Taman Ilmu

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Masjid Taman Ilmu oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan jayanya. Majlis dihadiri oleh ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi bin Musa (YB Abe Adi) sebagai tetamu khas.

YB Abe Adi menyampaikan ucapan ringkas

Antara yang hadir
Lihat lebih banyak gambar di Facebook Masjid Taman Ilmu..

Khamis, 8 Mei 2014

Makluman pengisytiharan Masjid Taman Ilmu

Untuk makluman semua, selepas sembahyang Fardhu Zohor dan Asar hari ini, pengisytiharan kebenaran menggunapakai dan permulaan sembahyang Jumaat di bangunan Masjid Taman Ilmu di Kampung Gerda Mas, Mukim Tembila, Daerah Besut akan dibaca di Masjid Kampung Tembila dan Masjid Taman Ilmu sebagaimana diarahkan seperti dalam lampiran di bawah.

Surat arahan pengisytiharan

Pengisytiharan yang akan dibaca

Selasa, 6 Mei 2014

Majlis Penyerahan Projek Masjid Taman Ilmu

Pihak Masjid Taman Ilmu ingin mewarwarkan kepada semua mengenai satu majlis yang akan diadakan di Masjid Taman Ilmu, Besut, Terengganu sebagaimana berikut :

Majlis : Majlis Penyerahan Projek Masjid Taman Ilmu oleh JKR kepada MAIDAM

Tarikh : 7 Mei 2014 (esok)

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Masjid Taman Ilmu

Tetamu jemputan : ADUN Kota Putera, YB Mahdi bin Musa (Abe Adi)

Semua dijemput hadir!

Ahad, 4 Mei 2014

Pengenalan Ringkas Masjid Taman Ilmu

Masjid Taman Ilmu ialah Masjid Mukim (Masjid Kariah) dan terletak di Parcel A, Taman Ilmu, Tembila. Lokasinya di tepi laluan utama Jalan Pantai Kuala Terengganu - Kampung Raja. Proses pembinaannya telah dimulakan pada bulan September 2007 dan telah siap sepenuhnya pada bulan April 2014. Ia boleh menampung bilangan ahli jemaah seramai 10,000 orang dalam satu masa.

Lawatan Kerja Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu

Pada 2 Mei 2014, Pesuruhjaya Hal Ehwal Terengganu, Dato' Haji Mohd Rozali bin Saleh tiba untuk lawatan kerjanya di Masjid Taman Ilmu pada pukul 4.30 petang.

Beliau sempat solat Asar berjemaah di masjid berkenaan dan mendengar taklimat daripada Pengerusi Masjid Taman Ilmu, Ustaz Ahmad Azhar bin Haji Harun @ Musa.

Selepas itu, mereka sempat meninjau ruang dalam masjid dan persekitarannya. Lawatan kerja tersebut selesai pada pukul 5.15 petang.

Kiri : Dato' Mohd Rozali bin Saleh
Kanan : Ustaz Ahmad Azhar bin Harun @ Musa

Solat Asar berjemaah

Meninjau dalaman masjid

Sempat bergambar

Mimbar

Bergambar sebelum pulang

Khamis, 1 Mei 2014

Blog Masjid Taman Ilmu mula beroperasi!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini blog Masjid Taman Ilmu secara rasmi telah mula beroperasi walaupun belum berlangsung penyerahan rasmi kepada Pejabat Agama Daerah Besut.

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memberikan informasi mengenai masjid, hebahan aktiviti-aktiviti masjid, kuliah-kuliah dan semua yang berkaitan dengan masjid ini.

Selamat datang kepada semua pengunjung blog Masjid Taman Ilmu!

Kepada yang mempunyai akaun peribadi facebook, anda boleh menyukai (likes) laman rasmi facebook Masjid Taman Ilmu di pautan ini >>

https://www.facebook.com/pages/Masjid-Taman-Ilmu/565355796904808