Selasa, 12 Ogos 2014

Pegawai masjid melaporkan diri

Alhamdulillah, pada 10-08-2014 yang lalu, 3 orang imam dan 2 orang bilal telah melaporkan diri di Pejabat Agama Daerah Besut untuk bertugas di Masjid Taman Ilmu.

Pada hari tersebut juga, mereka yang dilantik telah mengangkat sumpah taat setia di hadapan Pegawai Agama Daerah Besut, Ustaz Ahmad Azhar bin Haji Harun @ Musa di dalam bilik beliau.

Semoga perlantikan ini dapat merealisasikan hasrat untuk mengimarahkan Masjid Taman Ilmu, sesuai dengan kedudukannya sebagai masjid terbesar di Terengganu.

Barisan pegawai-pegawai Masjid Taman Ilmu yang hadir melaporkan diri
Lihat lebih banyak gambar dalam facebook Masjid Taman Ilmu >> https://www.facebook.com/media/set/?set=a.619815638125490.1073741842.565355796904808&type=1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan