Jumaat, 28 November 2014

Khutbah hari ini : Agenda Terancang Untuk Merosakkan Aqidah Umat Islam

Tajuk khutbah hari ini, 5 Safar 1436H | 28 November 2014 : Agenda Terancang Untuk Merosakkan Aqidah Umat Islam


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Taman Ilmu.

Jumaat, 14 November 2014

Khutbah hari ini : Keistimewaan Jumaat

Tajuk khutbah hari ini, 21 Muharam 1436H | 14 November 2014 : Keistimewaan Jumaat


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Taman Ilmu.

Ahad, 9 November 2014

Sekitar Majlis Khatam Al-Quran KAFA Parlimen Besut 2014

Majlis Khatam Al-Quran Pelajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Negeri Terengganu Tahun 2014 Peringkat Parlimen Besut telah berlangsung dengan jayanya semalam di Masjid Taman Ilmu.

Alhamdulillah, kali ini Masjid Taman Ilmu telah dipilih sebagai lokasi majlis yang diadakan setiap tahun oleh Yayasan Islam Terengganu ini.

Sejumlah lebih kurang 6,700 orang yang terdiri daripada peserta, ibu bapa, guru dan kakitangan Yayasan Islam Terengganu Daerah Besut telah memenuhi ruang solat Masjid Taman Ilmu.

Majlis khatam yang dipimpin oleh empat orang qari jemputan bermula pada pukul 10.00 pagi. Selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh imam Masjid Taman Ilmu, ucapan oleh Pengerusi Masjid Taman Ilmu, seterusnya ucapan perasmian oleh Pegawai Daerah Besut.

Majlis diakhiri dengan penyampaian beberapa anugerah kecemerlangan. Majlis bersurai pada pukul 12.00 tengahari.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan majlis ini.

Pandangan dari tingkat atas masjid

Jumaat, 7 November 2014