Jumaat, 12 Disember 2014

Khutbah hari ini : Zakat Diperkasa Ummat Sejahtera

Tajuk khutbah hari ini, 19 Safar 1436H | 12 Disember 2014 : Zakat Diperkasa Ummat Sejahtera


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Taman Ilmu.

Khamis, 11 Disember 2014

Kem Pra Tahfiz Al-Quran dan Fardhu Ain bermula

Antara yang menyertai Kem Pra Tahfiz Al-Quran dan Fardhu Ain anjuran Masjid Taman Ilmu yang bermula 30 November 2014 yang lalu.

Solat berjemaah

Slot bersama Ustaz Bakri, salah seorang imam Masjid Taman Ilmu

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Taman Ilmu.

Jumaat, 28 November 2014

Khutbah hari ini : Agenda Terancang Untuk Merosakkan Aqidah Umat Islam

Tajuk khutbah hari ini, 5 Safar 1436H | 28 November 2014 : Agenda Terancang Untuk Merosakkan Aqidah Umat Islam


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Taman Ilmu.

Jumaat, 14 November 2014

Khutbah hari ini : Keistimewaan Jumaat

Tajuk khutbah hari ini, 21 Muharam 1436H | 14 November 2014 : Keistimewaan Jumaat


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Taman Ilmu.

Ahad, 9 November 2014

Sekitar Majlis Khatam Al-Quran KAFA Parlimen Besut 2014

Majlis Khatam Al-Quran Pelajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Negeri Terengganu Tahun 2014 Peringkat Parlimen Besut telah berlangsung dengan jayanya semalam di Masjid Taman Ilmu.

Alhamdulillah, kali ini Masjid Taman Ilmu telah dipilih sebagai lokasi majlis yang diadakan setiap tahun oleh Yayasan Islam Terengganu ini.

Sejumlah lebih kurang 6,700 orang yang terdiri daripada peserta, ibu bapa, guru dan kakitangan Yayasan Islam Terengganu Daerah Besut telah memenuhi ruang solat Masjid Taman Ilmu.

Majlis khatam yang dipimpin oleh empat orang qari jemputan bermula pada pukul 10.00 pagi. Selepas itu, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh imam Masjid Taman Ilmu, ucapan oleh Pengerusi Masjid Taman Ilmu, seterusnya ucapan perasmian oleh Pegawai Daerah Besut.

Majlis diakhiri dengan penyampaian beberapa anugerah kecemerlangan. Majlis bersurai pada pukul 12.00 tengahari.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan majlis ini.

Pandangan dari tingkat atas masjid

Jumaat, 7 November 2014

Jumaat, 31 Oktober 2014

Khutbah hari ini : Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Tajuk khutbah hari ini, 7 Muharam 1436H | 31 Oktober 2014 : Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Sekitar Pelancaran Pejabat Masjid Peringkat Daerah Besut Fasa 1

Sempena Turun Padang Dato' Pesuruhjaya ke Daerah Besut pada 16 Oktober yang lalu, satu perjumpaan telah diadakan di Masjid Taman Ilmu antara Dato' Haji Rozali bin Saleh (Pesuruhjaya Hal Ehwal Islam Terengganu) dan pegawai-pegawai kanan MAIDAM dengan imam dan bilal seluruh Besut.

Program Turun Padang ini bertujuan untuk merasmikan Pelancaran Pejabat Masjid Peringkat Daerah Besut Fasa 1 yang telah bermula di empat buah masjid iaitu Masjid Taman Ilmu, Masjid Nasiruddin Shah, Masjid Jabi dan Masjid Hadhari.

Sabtu, 25 Oktober 2014

Jumaat, 17 Oktober 2014

Khutbah hari ini : Kepercayaan Pada Hari Akhirat

Tajuk khutbah hari ini, 22 Zulhijjah 1435H | 17 Oktober 2014 : Kepercayaan Pada Hari Akhirat


Selasa, 14 Oktober 2014

Solat sunat dan khutbah gerhana bulan

Pada 8 Oktober yang lalu, solat sunat gerhana bulan (khusuf) telah diadakan di Masjid Taman Ilmu selepas solat fardhu Maghrib. Selepas solat, jemaah mendengar khutbah yang disampaikan oleh imam yang bertugas.

Seramai lebih kurang 150 orang jemaah hadir ke Masjid Taman Ilmu untuk sama-sama menghayati maksud di sebalik peristiwa gerhana bulan yang berlaku.

Jumaat, 10 Oktober 2014

Tajuk khutbah hari ini : Kecil Bagi Kita Besar Bagi Orang

Tajuk khutbah hari ini, 15 Zulhijjah 1435H | 10 Oktober 2014 : Kecil Bagi Kita Besar Bagi Orang


Rabu, 8 Oktober 2014

Sekitar korban di Masjid Taman Ilmu


Alhamdulillah, pada hari raya pertama, selepas solat sunat Idul Adha pada 5 Oktober 2014, acara korban telah berlangsung di Masjid Taman Ilmu.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya. Semoga ibadah ini mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah.

Khutbah khas Idul Adha : Ubudiyyah Haqiqi

Tajuk khutbah khas Idul Adha, 10 Zulhijjah 1435H | 5 Oktober 2014 : Ubudiyyah Haqiqi


Jumaat, 3 Oktober 2014

Khutbah hari ini : Kelebihan Hari Arafah dan Amalan-Amalannya

Tajuk khutbah hari ini, 8 Zulhijjah 1435H | 3 Oktober 2014 : Kelebihan Hari Arafah dan Amalan-Amalannya


Selasa, 30 September 2014

Sekitar Bengkel Tahsin Imam dan Bilal


Alhamdulillah, pada hari khamis, 25 September yang lalu, Bengkel Tahsin Imam dan Bilal telah diadakan di Masjid Taman Ilmu.

Peserta-peserta yang hadir dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu dua kumpulan imam dan dua kumpulan bilal. Bengkel ini telah dikendalikan oleh naqib-naqib yang berpengalaman dalam bidang tersebut.

Semoga penganjuran bengkel sebegini dapat membantu meningkatkan kualiti imam dan bilal dalam menjalankan tugas masing-masing.

Jumaat, 26 September 2014

Khutbah hari ini : Kelebihan Ibadah Haji

Tajuk khutbah hari ini, 1 Zulhijjah 1435H | 26 September 2014 : Kelebihan Ibadah Haji


Jumaat, 19 September 2014

Khutbah hari ini : Tazkiyah Diri Untuk Tetamu Allah Dalam Ibadah Haji

Tajuk khutbah hari ini, 24 Zulkaedah 1435H | 19 September 2014 : Tazkiyah Diri Untuk Tetamu Allah Dalam Ibadah Haji


Jumaat, 12 September 2014

Khutbah hari ini : Tuntutan Menjaga Kebersihan

Tajuk khutbah hari ini, 17 Zulkaedah 1435H | 12 September 2014 : Tuntutan Menjaga Kebersihan

Jumaat, 5 September 2014

Khutbah hari ini : Hubbul Watan

Tajuk khutbah hari ini, 10 Zulkaedah 1435H | 5 September 2014 : Hubbul Watan

Jumaat, 29 Ogos 2014

Khutbah hari ini : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Tajuk khutbah hari ini, 3 Zulkaedah 1435H | 29 Ogos 2014 : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Ahad, 24 Ogos 2014

Jumaat, 15 Ogos 2014

Selasa, 12 Ogos 2014

Pegawai masjid melaporkan diri

Alhamdulillah, pada 10-08-2014 yang lalu, 3 orang imam dan 2 orang bilal telah melaporkan diri di Pejabat Agama Daerah Besut untuk bertugas di Masjid Taman Ilmu.

Pada hari tersebut juga, mereka yang dilantik telah mengangkat sumpah taat setia di hadapan Pegawai Agama Daerah Besut, Ustaz Ahmad Azhar bin Haji Harun @ Musa di dalam bilik beliau.

Semoga perlantikan ini dapat merealisasikan hasrat untuk mengimarahkan Masjid Taman Ilmu, sesuai dengan kedudukannya sebagai masjid terbesar di Terengganu.

Barisan pegawai-pegawai Masjid Taman Ilmu yang hadir melaporkan diri
Lihat lebih banyak gambar dalam facebook Masjid Taman Ilmu >> https://www.facebook.com/media/set/?set=a.619815638125490.1073741842.565355796904808&type=1

Salam Aidilfitri 1435 H

Salam Aidilfitri 1435 H daripada Jawatankuasa Masjid Taman Ilmu..


Khamis, 24 Julai 2014

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Perdana 17-07-2014

Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa Perdana pada 17-07-2014 berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.

Sekalung penghargaan kepada semua yang hadir!




Lihat lebih banyak gambar dalam facebook masjid >> https://www.facebook.com/media/set/?set=a.609583525815368.1073741841.565355796904808&type=1

Sekitar mesyuarat 16-07-2014

Pada 16 Julai yang lepas, telah berlangsung satu mesyuarat di antara jawatankuasan Masjid Taman Ilmu dan POSC TI Sdn Bhd, membincangkan rangka terakhir untuk Majlis Berbuka Puasa Perdana yang akan diadakan pada keesokan harinya.


Lihat lebih banyak gambar dalam facebook masjid >> https://www.facebook.com/media/set/?set=a.609539862486401.1073741840.565355796904808&type=1

Rabu, 16 Julai 2014

Majlis Berbuka Puasa Perdana


Pihak Jawatankuasa Masjid Taman Ilmu ingin mewarwarkan mengenai Majlis Berbuka Puasa Perdana yang akan diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 17 Julai 2014 | 19 Ramadhan 1435 H (esok)

Hari : Khamis

Masa : 5.30 petang

Lokasi : Dewan Solat Utama Masjid Taman Ilmu

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook masjid.

Rabu, 9 Julai 2014

Sekitar mesyuarat 02-07-2014

Alhamdulillah, mesyuarat telah diadakan pada 2 Julai lalu di antara jawatankuasa Masjid Taman Ilmu dengan tiga orang wakil daripada Syarikat POSC TI Sdn Bhd termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Dr Abdullah Kamil Fikri.

Mesyuarat dengan POSC TI Sdn Bhd

Bergambar kenangan

Mesyuarat sesama jawatankuasa masjid
 Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di facebook masjid.

Rabu, 2 Julai 2014

Sekitar solat tarawih pertama 28 Jun 2014

Alhamdulillah, bermula 28 Jun lalu, solat tarawih pertama telah didirikan di Masjid Taman Ilmu.

Selepas selesai solat tarawih, berlangsung perbincangan di antara jawatankuasa masjid dengan Syarikat POSC TI Sdn Bhd. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat POSC TI Sdn Bhd, Dr Abdullah Kamil Fikri telah bermurah hati untuk menaja jamuan moreh pada bulan Ramadhan ini kepada jemaah masjid.

Sekalung penghargaan diucapkan!

Usai solat tarawih

Dr Abdullah Kamil Fikri (kiri) bersalaman dengan pengerusi masjid

Lebih banyak gambar dapat dilihat dalam facebook Masjid Taman Ilmu di sini >> https://www.facebook.com/media/set/?set=a.596781230428931.1073741838.565355796904808&type=1

Khamis, 26 Jun 2014

Sekitar Forum Perdana : Cakna Anak-Anak... Keluarga Cemerlang

Alhamdulillah, Forum Perdana yang diadakan pada 22 Jun yang lalu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Besut.

Semoga Allah memberkati setiap usaha murni yang dilakukan oleh semua pihak yang menjayakannya!



Lihat lebih banyak gambar berkaitan forum ini di facebook Masjid Taman Ilmu.

Rabu, 18 Jun 2014

Forum Perdana : Cakna Anak-Anak.... Keluarga Cemerlang

Jawatankuasa Masjid Taman Ilmu ingin membuat hebahan mengenai Forum Perdana yang akan diadakan sebagaimana berikut :-


Semua dijemput hadir!

Sabtu, 7 Jun 2014

Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Taman Ilmu semalam

Alhamdulillah, mesyuarat jawatankuasa Masjid Taman Ilmu telah diadakan secara santai selepas solat Fardhu Jumaat semalam. Banyak perkara telah dibincangkan dan penyelesaian dicari untuk masalah yang timbul. Semoga dipermudahkan segala urusan.



Lebih banyak gambar dapat dilihat dalam facebook Masjid Taman Ilmu.

Rabu, 4 Jun 2014

Kunjungan Mufti Terengganu ke Masjid Taman Ilmu

Mufti Terengganu, Sahibus Samahah Dr Haji Zulkifly bin Haji Muda telah mengunjungi Masjid Taman Ilmu pada tengahari tadi. Beliau tiba pada pukul 1.15 dan kemudian terus menunaikan solat Fardhu Zohor berjemaah.

Beliau diraikan oleh pengerusi dan bendahari Masjid Taman Ilmu serta imam dan bilal. Sahibus Samahah diberi penerangan dan dibawa melihat persekitaran dalam dan luar masjid.

Pengerusi masjid, Mufti dan Bendahari

Tambah kapsyen

Khamis, 22 Mei 2014

Pertemuan dengan Pengerusi Al-Hijrah Media Corporation

Petang semalam, Pengerusi Masjid Taman Ilmu, Ustaz Ahmad Azhar bin Harun @ Musa mengambil peluang bertemu dengan Pengerusi Al-Hijrah Media Corporation, Tan Sri Dato' Dr Mohd Yusof Noor dan berbincang mengenai kerjasama yang bakal dijalin antara Masjid Taman Ilmu dan Saluran TV Al-Hijrah.

Selepas itu, Pengerusi Masjid Taman Ilmu menyerahkan surat rasmi kepada Tan Sri mengenai hasrat pihak masjid tersebut.

Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah..




Khutbah minggu ini

Khutbah esok, 23 Mei 2014 : Menghayati Peristiwa Israk dan Mikraj..


Sabtu, 17 Mei 2014

Kuliah Maghrib Perdana Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz

Alhamdulillah, Kuliah Maghrib Perdana bersama Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz di Masjid Taman Ilmu malam tadi berlangsung dengan jayanya.

Orang ramai hadir untuk mengutip mutiara ilmu sempena kuliah maghrib pertama di masjid baru tersebut.


Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz

Kuliah bermula

Bergambar kenangan

Kiri, duduk : Pengerusi Masjid Taman Ilmu

Lebih banyak gambar di facebook Masjid Taman Ilmu..