Jumaat, 31 Oktober 2014

Sekitar Pelancaran Pejabat Masjid Peringkat Daerah Besut Fasa 1

Sempena Turun Padang Dato' Pesuruhjaya ke Daerah Besut pada 16 Oktober yang lalu, satu perjumpaan telah diadakan di Masjid Taman Ilmu antara Dato' Haji Rozali bin Saleh (Pesuruhjaya Hal Ehwal Islam Terengganu) dan pegawai-pegawai kanan MAIDAM dengan imam dan bilal seluruh Besut.

Program Turun Padang ini bertujuan untuk merasmikan Pelancaran Pejabat Masjid Peringkat Daerah Besut Fasa 1 yang telah bermula di empat buah masjid iaitu Masjid Taman Ilmu, Masjid Nasiruddin Shah, Masjid Jabi dan Masjid Hadhari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan