Khamis, 26 Jun 2014

Sekitar Forum Perdana : Cakna Anak-Anak... Keluarga Cemerlang

Alhamdulillah, Forum Perdana yang diadakan pada 22 Jun yang lalu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Besut.

Semoga Allah memberkati setiap usaha murni yang dilakukan oleh semua pihak yang menjayakannya!



Lihat lebih banyak gambar berkaitan forum ini di facebook Masjid Taman Ilmu.

Rabu, 18 Jun 2014

Forum Perdana : Cakna Anak-Anak.... Keluarga Cemerlang

Jawatankuasa Masjid Taman Ilmu ingin membuat hebahan mengenai Forum Perdana yang akan diadakan sebagaimana berikut :-


Semua dijemput hadir!

Sabtu, 7 Jun 2014

Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Taman Ilmu semalam

Alhamdulillah, mesyuarat jawatankuasa Masjid Taman Ilmu telah diadakan secara santai selepas solat Fardhu Jumaat semalam. Banyak perkara telah dibincangkan dan penyelesaian dicari untuk masalah yang timbul. Semoga dipermudahkan segala urusan.



Lebih banyak gambar dapat dilihat dalam facebook Masjid Taman Ilmu.

Rabu, 4 Jun 2014

Kunjungan Mufti Terengganu ke Masjid Taman Ilmu

Mufti Terengganu, Sahibus Samahah Dr Haji Zulkifly bin Haji Muda telah mengunjungi Masjid Taman Ilmu pada tengahari tadi. Beliau tiba pada pukul 1.15 dan kemudian terus menunaikan solat Fardhu Zohor berjemaah.

Beliau diraikan oleh pengerusi dan bendahari Masjid Taman Ilmu serta imam dan bilal. Sahibus Samahah diberi penerangan dan dibawa melihat persekitaran dalam dan luar masjid.

Pengerusi masjid, Mufti dan Bendahari

Tambah kapsyen