Khamis, 24 Julai 2014

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Perdana 17-07-2014

Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa Perdana pada 17-07-2014 berjalan dengan lancar. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.

Sekalung penghargaan kepada semua yang hadir!




Lihat lebih banyak gambar dalam facebook masjid >> https://www.facebook.com/media/set/?set=a.609583525815368.1073741841.565355796904808&type=1

Sekitar mesyuarat 16-07-2014

Pada 16 Julai yang lepas, telah berlangsung satu mesyuarat di antara jawatankuasan Masjid Taman Ilmu dan POSC TI Sdn Bhd, membincangkan rangka terakhir untuk Majlis Berbuka Puasa Perdana yang akan diadakan pada keesokan harinya.


Lihat lebih banyak gambar dalam facebook masjid >> https://www.facebook.com/media/set/?set=a.609539862486401.1073741840.565355796904808&type=1

Rabu, 16 Julai 2014

Majlis Berbuka Puasa Perdana


Pihak Jawatankuasa Masjid Taman Ilmu ingin mewarwarkan mengenai Majlis Berbuka Puasa Perdana yang akan diadakan sebagaimana berikut :

Tarikh : 17 Julai 2014 | 19 Ramadhan 1435 H (esok)

Hari : Khamis

Masa : 5.30 petang

Lokasi : Dewan Solat Utama Masjid Taman Ilmu

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook masjid.

Rabu, 9 Julai 2014

Sekitar mesyuarat 02-07-2014

Alhamdulillah, mesyuarat telah diadakan pada 2 Julai lalu di antara jawatankuasa Masjid Taman Ilmu dengan tiga orang wakil daripada Syarikat POSC TI Sdn Bhd termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Dr Abdullah Kamil Fikri.

Mesyuarat dengan POSC TI Sdn Bhd

Bergambar kenangan

Mesyuarat sesama jawatankuasa masjid
 Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar di facebook masjid.

Rabu, 2 Julai 2014

Sekitar solat tarawih pertama 28 Jun 2014

Alhamdulillah, bermula 28 Jun lalu, solat tarawih pertama telah didirikan di Masjid Taman Ilmu.

Selepas selesai solat tarawih, berlangsung perbincangan di antara jawatankuasa masjid dengan Syarikat POSC TI Sdn Bhd. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat POSC TI Sdn Bhd, Dr Abdullah Kamil Fikri telah bermurah hati untuk menaja jamuan moreh pada bulan Ramadhan ini kepada jemaah masjid.

Sekalung penghargaan diucapkan!

Usai solat tarawih

Dr Abdullah Kamil Fikri (kiri) bersalaman dengan pengerusi masjid

Lebih banyak gambar dapat dilihat dalam facebook Masjid Taman Ilmu di sini >> https://www.facebook.com/media/set/?set=a.596781230428931.1073741838.565355796904808&type=1