Sabtu, 21 Februari 2015

SPAIT bakal bermula!

Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) bakal diadakan di Masjid Taman Ilmu dalam masa yang terdekat setelah cukup jumlah peserta yang dikehendaki.

Penyertaan masih dibuka kepada yang berminat.

Sila berurusan terus dengan pejabat Masjid Taman Ilmu jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan SPAIT ini.

Terima kasih.


Jumaat, 13 Februari 2015

Khutbah hari ini : Segarkan Hati Dan Minda Dengan Al-Quran

Tajuk khutbah hari ini, 23 Rabiul Akhir 1436H | 13 Februari 2015 : Segarkan Hati Dan Minda Dengan Al-Quran


Khamis, 12 Februari 2015

Laman facebook mencecah 1000 sukaan!

Alhamdulillah, laman facebook Masjid Taman Ilmu semakin mendapat perhatian.

Jumlah sukaan (like) telah mencecah dan melebihi 1000 pada hari ini!


Jumaat, 30 Januari 2015

Khutbah hari ini : Buktikan Kesyukuran

Tajuk khutbah hari ini, 10 Rabiul Akhir 1436H | 30 Januari 2015 : Buktikan Kesyukuran


Jumaat, 23 Januari 2015

Khutbah hari ini : Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Tajuk khutbah hari ini, 3 Rabiul Akhir 1436H | 23 Januari 2015 : Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Majlis akad nikah anakanda Ustaz Abd Aziz

Alhamdulillah, pada 16 Januari 2015 yang lalu, majlis akad nikah anakanda kepada Ustaz Abd Aziz bin Mohd, seorang kakitangan di Pejabat Agama Daerah Besut yang juga adalah salah seorang daripada ahli jawatankuasa Masjid Taman Ilmu telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Taman Ilmu.

Tahniah kepada pengantin dan seluruh ahli keluarga.


Majlis selawat selepas solat Jumaat

Pada 16-01-2015, selepas solat Jumaat, majlis selawat sempena maulidurrasul telah diadakan di Masjid Taman Ilmu.


Jumaat, 16 Januari 2015

Khutbah hari ini : Ajaran Islam Antara Sunnah & Bidaah

Tajuk khutbah hari ini, 25 Rabiul Awal 1436H | 16 Januari 2015 : Ajaran Islam Antara Sunnah & Bidaah


Jumaat, 9 Januari 2015

Khutbah hari ini : Merindui Syafaat Rasulullah S.A.W

Tajuk khutbah hari ini, 18 Rabiul Awal 1436H | 9 Januari 2015 : Merindui Syafaat Rasulullah S.A.W


Khamis, 8 Januari 2015

Aktiviti sepanjang tahun 2015


Antara aktiviti-aktiviti yang dirangka untuk Masjid Taman Ilmu sepanjang tahun 2015 :-

Kuliah Maghrib Perdana
Bicara Ilmu bersama Tokoh
Kem Tahfiz dan Fardu Ain Sekolah
Forum Perdana Ehwal Islam
Fiqh Muslimah
Semarak Perdana Ramadan
Kelas Tuisyen
Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT)